Kelab Pengguna
@SMKSB_


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Blog ini ditubuhkan sempena Pertandingan Kepenggunaan membuat Blog. Blog ini adalah berdasarkan tajuk "Aduan Pengguna dalam Industri Telekomunikasi" di bawah kod tajuk BBM1.

Kulim, Kedah ▴ http://KelabPengguna-SMKSB.blogspot.com


Kelab Pengguna @SMKSB_
SEJARAH KEPENGGUNAAN on Tuesday // 0 comments:


Amerika Syarikat (AS) ialah negara yang terawal mempunyai pergerakan pengguna. Aduan pengguna pertama telah direkodkan pada 1775 di massachusetts apabila penjual yang menjual makanan yang tercemar telah didenda. Pada era pertama, perkara yang dipentingkan ialah cara mengurangkan monopoli perniagaan- perniagaan besar dan masalah kebersihan makanan. Pada 1906, Pure Food an Drug Administration (FDA) telah ditubuhkan selaras dengan penggubalan Pure Food an Drug Administration Act yang bertujuan untuk mengawal pencemaran makanan dan pelabelan makanan dan ubatan yang mengelirukan.

Perang Dunia Pertama telah menyebabkan tumpuan perhatian bagi perlindungan pengguna terhenti seketika sehingga satu kajian bertajuk 100,000,000 Guinea Pigs dikeluarkan sebagai tanda kebangkitan era kedua. Penemuan kajian telah menggemparkan warga AS, yakni dengan pendedahan tentang ubat-ubatan, kosmetik dan makanan yang tidak selamat dan dijual tanpa sebarang pra-uji sebagai jaminan keselamatan pengguna.

Pada penghujung 1964, pengguna di Malaysia mula menggesa kerajaan mengambil tindakan penstabilan atau pemantapan harga barang keperluan ekoran isu ketidakstabilan harga, lebih-lebih lagi apabila menjelang musim perayaan. Harga barang-barang keperluan telah dinaikkan sewenang-wenangnya. Kesan daripada isu kenaikan barang, telah ditubuhkan persatuan pengguna yang pertama di negara ini, iaitu Persatuan Pengguna Selangor. Anggotanya terdiri daripada ahli profesional, golongan terpelajar dan golongan berpendapatan menengah.

Bermula pada 1971, semakin banyak persatuan pengguna ditubuhkan di seluruh negara. Di samping penubuhan persatuan pengguna, perkembangan perlindungan pengguna juga semakin memberangsangkan di Malaysia. Penggubalan Akta Perlindungan Pengguna 1999 telah menjuruskan penubuhan Tribunal Malaysia dengan bertemakan Pengguna Bermaklumat Negara Bermanfaat pula telah dilancarkan buat kali pertama pada 26hb. Julai, 2001 dan hingga kini sambutannya diraikan pada tarikh tersebut setiap tahun.

Sekian.

| Entri Terbaru



Blog Pengguna