Kelab Pengguna
@SMKSB_


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Blog ini ditubuhkan sempena Pertandingan Kepenggunaan membuat Blog. Blog ini adalah berdasarkan tajuk "Aduan Pengguna dalam Industri Telekomunikasi" di bawah kod tajuk BBM1.

Kulim, Kedah ▴ http://KelabPengguna-SMKSB.blogspot.com


Kelab Pengguna @SMKSB_
Dasar Pengguna Negara on Tuesday // 0 comments:






Dasar Pengguna negara (DPN) telah dirangka oleh Majlis Perlindungan Pengguna Kebangsaan (MPPK) sejak awal penubuhan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 1990. DPN dijadikan panduan dalam penggubalan undang-undang berkaitan dengan perlindungan pengguna. DPN juga menjadi asas segala kegiatan yang berkaitan dengan pengguna yang dilaksanakan oleh semua organisasi dalam semua sektor.

DPN juga bertujuan untuk membentuk keseimbangan hak dan tanggunjawab pengguna, pembekal atau pengilang dan juga kerajaan. Pengguna, pembekal atau pengilang dan juga kerajaan perlu melaksanakan peranan masing-masing dengan sewajarnya kearah memelihara kedaulatan negara dan prinsip agama agar Wawasan Negara dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi terpelihara.

Dasar Pengguna Negara juga memberikan tumpuan kepada tiga teras utama, iaitu perlindungan kendiri (self-protection) yang berkesan untuk pengguna, kawalan selia kendiri (self-regulation)untuk pembekal atau pengilang dan penglibatan berterusan oleh kerajaan.

Objektif Dasar Pengguna Negara

- Memastikan tahap perlindungan pengguna yang terbaik
- Amalan perdanganga yang saksama dan bertanggunjawab
- Memastikan pendidikan pengguna yang berterusan
- Meneruskan amalan melestarikan alam dalam era globalisasi
- Mengharmonikan hubungan antara pengguna, dengan pembekal atau pengilamg juga
dengan kerajaan.

Matlamat Dasar Pengguna Negara


- Meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan pengguna
- Meningkatkan kesejahteraan sosio ekonomi
- Meningkatkan amalan pelestarian alam


Entri Terdahulu | Entri Terbaru



Blog Pengguna