Kelab Pengguna
@SMKSB_


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Blog ini ditubuhkan sempena Pertandingan Kepenggunaan membuat Blog. Blog ini adalah berdasarkan tajuk "Aduan Pengguna dalam Industri Telekomunikasi" di bawah kod tajuk BBM1.

Kulim, Kedah ▴ http://KelabPengguna-SMKSB.blogspot.com


Kelab Pengguna @SMKSB_
Syarikat Telekomunikasi Malaysia on Tuesday // 0 comments:


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Di zaman globalisasi ini,di mana kemudahan internet merupakan satu keperluan dan bukan lagi kehendak,telah terbukti ramai bahawa komunikasi amat penting didalam kehidupan.Malah,hal ini merupakan sangat penting.Cuba kalian bayangkan,bagaimana hidup anda tanpa komunikasi?

Pastinya hari anda akan menjadi susah dan sukar.Selain daripada berkomunikasi secara langsung iaitu berjumpa dan bercakap secara depan-depan,dunia ini telah penuh dengan alat-alat komunikasi yang kian hari makin canggih.

Hal ini adalah gajet-gajet dan peranti-peranti canggih seperti telefon bimbit,IPad,komputer riba dan lain-lain lagi.Namun semuanya mempunyai satu tujuan utama yang sama iaitu untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.

Namun,selaras dengan kemajuan tersebut,kita mestilah mempunyai syarikat telekomunikasi pilihan untuk menjadikan peranti tersebut berguna.Antara syarikat telekomunikasi yang terkenal di Malaysia yang adalah:
  1. Celcom 
  2. Digi
  3. Maxis
  4. Telekom Malaysia
  5.  U Mobile
Yang mana satukah yang menjadi pilihan anda?Saya pasti,setiap satu syarikat tersebut mempunyai kelebihannya yang tersendiri.Apa yang perlu ialah kita perlu sentiasa bijak dalam membeli dan menggunakan servis yang ditawarkan oleh mereka.

Jika ada sebarang aduan,kita boleh membuat aduan terlebih dahulu kepada "Customer Service" mereka.Jika masih tidak berpuas hati,kita boleh menggunakan cara lain yang lebih efisien dan lebih berkesan.

Entri Terdahulu | Entri Terbaru



Blog Pengguna