Kelab Pengguna
@SMKSB_


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Blog ini ditubuhkan sempena Pertandingan Kepenggunaan membuat Blog. Blog ini adalah berdasarkan tajuk "Aduan Pengguna dalam Industri Telekomunikasi" di bawah kod tajuk BBM1.

Kulim, Kedah ▴ http://KelabPengguna-SMKSB.blogspot.com


Kelab Pengguna @SMKSB_
(FOMCA) on Thursday // 0 comments:




PETALING JAYA, 5 Feb (Bernama)-- Pengguna di Malaysia kini boleh mendapatkan maklumat tentang pelbagai isu berkaitan kepenggunaan menerusi portal berita KONSUMERKINI yang dilancarkan pada Jumaat.

Portal ini boleh dilayari di www.konsumerkini.net.my yang merupakan hasil inisiatif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) bagi memberi maklumat yang benar dan tepat mengenai isu-isu kepenggunaan kepada orang ramai.

Presiden Fomca, Datuk Marimuthu Nadason berkata, portal berita itu merupakan langkah bagi memudahkan semua pihak untuk berhadapan dan memahami sesuatu isu dengan bijak dan rasional.

"Apabila berhadapan dengan isu seperti misalnya kenaikan harga makanan dan bahan api, seringkali yang berlaku ialah tindakan saling salah-menyalah pihak lain.

"Tetapi ini bukanlah cara terbaik untuk menanganinya. Menerusi KONSUMERKINI, kami sebaliknya dapat menyediakan informasi yang tepat mengenai isu-isu berkaitan kepada penguna," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran portal tersebut dan Kempen Penggunaan Berhemat oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Utama, Shahrir Abdul Samad di sini pada Jumaat.

Antara isu utama yang akan diketengahkan dalam portal itu ialah kenaikan harga makanan dan bahan api, subsidi makanan dan bahan api, penipuan, isu alam sekitar, pengangkutan awam, dasar persaingan, aduan mengenai tebus dan rugi, dasar air dan tenaga dan pemasaran kepada kanak-kanak.

Shahrir ketika melancarkan portal tersebut berkata beliau menyokong usaha Fomca untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan meningkatkan tahap kefahaman pengguna terhadap sesuatu isu kepenggunaan.

"Satu cabaran di dalam negara ketika peringkat pembangunan kini ialah mengenai kefahaman maklumat dan cara penyampaian, kerana makumat yang didapati begitu mudah dan kita tidak dapat memastikan kebenarannya yang boleh membantu kita membuat keputusan sebaiknya," katanya.

Beliau berkata langkah itu juga dapat membantu kerajaan menjalankan dasar dan strategi yang munasabah dalam menangani setiap masalah berbangkit agar pengguna dapat menjalankan kehidupan yang lebih sempurna.

Menurutnya, kebanyakan masalah kini adalah berkaitan dengan salah komunikasi yang bukan menambahkan kefahaman tetapi kekeliruan kepada pengguna.

Sementara itu Kempen Penggunan Berhemat dilancarkan sempena Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) 2008-2012 yang bertemakan "Perubahan Bermula Dengan Saya" bagi melahirkan dan membentuk pemikiran pengguna yang matang.

Fomca giat memperhebatkan kempen itu memandangkan kempen 3K yang dijalankan selepas satu setengah tahun itu memberi kesan positif terhadap perubahan pemikiran dan kelakuan pengguna tempatan.

-- BERNAMA



Entri Terdahulu | Entri Terbaru



Blog Pengguna