Kelab Pengguna
@SMKSB_


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Blog ini ditubuhkan sempena Pertandingan Kepenggunaan membuat Blog. Blog ini adalah berdasarkan tajuk "Aduan Pengguna dalam Industri Telekomunikasi" di bawah kod tajuk BBM1.

Kulim, Kedah ▴ http://KelabPengguna-SMKSB.blogspot.com


Kelab Pengguna @SMKSB_
Tayangan bogel di saluran 145 HyppTV on Thursday // 0 comments:


Aduan dilakukan pada 7 Mac 2013
Saya ingin membuat aduan tentang tayangan seorang lelaki berbogel dengan aksi mandi di sungai, tanpa seurat benang pun, di saluran 145 HyppTV (unifi) pada pukul 6.43 petang 6 mac 2013 dalam rancangan travelchanelHD.

Walaupun lelaki tersebut membelakangi camera, tetapi anggota punggung masih dikira sebagai anggota sulit di dalam masyarakat asia, apatah lagi dalam negara dengan agama rasmi adalah islam. Tiada sebarang bentuk censorship dilakukan.

Adakah ini bermaksud agenda kawalan atas tayangan berbaur lucah tidak lagi penting dalam kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan, malah kerajaan secara keseluruhan?

Minta audit dan kuatkan penguatkuasaan atas iklan juga. Iklan pakaian dalam (bra) dengan model perempuan hanya memakai pakaian tersebut boleh didapati hampir setiap hari di media cetak utama, berbeza dengan 10 tahun yang lepas. Minta kaji secara mendalam.

By: Azmuddin
info daripada AduanRakyat


Entri Terdahulu | Entri Terbaru



Blog Pengguna